Friday, April 23, 2010

Isteri Cemburu




Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain menjawab pesanan telefon. Walau sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membalasah habis-habisan si suami kerana perla perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan.Sila cuba sebentar lagi”.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Isteri Cemburu"

Post a Comment