Latest Posts

Sunday, March 13, 2011

Hikmah Berselawat Ke atas Nabi S.A.W

Hikmah berselawat ke atas Rasulullah

DARIPADA Ubai bin Ka’ab, katanya: “Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?”

Baginda menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka.” Aku berkata: “Aku hendak… peruntukkan sesuku daripada masaku.” Baginda bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu.”

Aku berkata: “Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku.”
Rasulullah bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu.”

Aku berkata: “Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku.” Baginda bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu.”

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan.” Baginda bersabda: “Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan
dosamu…”

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Lagipun, bukan sukar atau mengambil masa yang panjang untuk berselawat ke atas Nabi. Lafaznya cukup mudah. Itulah tanda kasihnya Allah dan Nabi Muhammad saw kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

Pada Jumaat yang mulia ini, umat Islam turut dituntut membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi. Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat pada Jumaat adalah kasih sayang daripada Baginda.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku.”

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Sumber: Google & Wikipedia

Wednesday, December 15, 2010

Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary




RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.

Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.

Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.

KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.
Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.

Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.
Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.

Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.

Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.
Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.
Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.

Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.

Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.

``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.
Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.

Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.

Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.

DARIPADA seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.

Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.

Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.

Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.

``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.

Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.

Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.
``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.
``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.

Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.

``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.

Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.
Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.
Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.

Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:
``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.
``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.

Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.

Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.

Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.
Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.

Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

Sumber: http://muslimkaya.blogspot.com/

Tuesday, November 16, 2010

2.5j selamat berwukuf (2010)

JEMAAH haji menunaikan solat Zuhur di Masjid Namira, di Padang Arafah, semalam.
_________________________________________________________________________


ARAFAH: Kira-kira 2.5 juta umat Islam lengkap berpakaian ihram serba putih berkumpul di Arafah, perhimpunan tahunan terbesar di dunia ketika ibadah haji mencapai kemuncaknya di tempat di mana Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir baginda.

Sambil melaungkan talbiah yang bermaksud “Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,” jemaah mula bergerak sebelum waktu Subuh untuk tiba di padang itu.




Ramai jemaah yang menyelusup melalui lautan manusia untuk sampai di puncak bukit yang dikenali sebagai Jabal Rahmah.

Mereka duduk di tebing bukit sambil membaca ayat al-Quran dan ada juga yang bersolat.

Sesetengahnya pula menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar kawasan sekitar sementara yang lain duduk di atas hamparan tikar yang dibentang di atas batu-batan di situ.


“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya,” kata jemaah warga Syria, Mossaad Mheymeed yang berdiri di atas puncak Jabal Rahma.

“Saya rasa seperti berada pada hari pembalasan. Terima kasih Ya Allah atas rahmat-Mu,” kata teman Mossaad, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.

Bukit batu granit setinggi 60 meter di kawasan padang yang luas itu dan berkeluasan tidak lebih 200 meter lebar mempunyai tiang setinggi empat meter di puncaknya di mana Rasulullah (SAW) menyampaikan khutbah haji terakhirnya di situ.

Jemaah berebut-rebut untuk menyentuh struktur simen tiang itu dengan sesetengah daripada mereka menangis walaupun ia tidak mempunyai makna dari sudut keagamaan.

Di bawah bukit kelihatan pemandangan serba putih yang menakjubkan terbentuk oleh lautan manusia yang berkumpul di Arafah.

Berpuluh-puluh bas yang terhenti cuba mencari ruang untuk bergerak di jalan raya empat lorong yang turut dipenuhi jemaah yang berjalan kaki.

Di satu sudut Arafah, wanita yang berkerusi roda dan kanak-kanak di dalam kereta tolak terperangkap di tengah-tengah lautan jemaah yang menuju ke pelbagai arah.

Pada waktu tengah hari pula, jemaah memenuhi Masjid Namira dan jalan raya serta khemah berhampiran untuk menunaikan solat menjadikan pemandangan di jalan utama Arafah bagaikan hamparan putih sejauh tiga kilometer.

Ada juga jemaah yang memanjat bumbung pondok komunikasi dan tandas awam kerana tidak menemui ruang kosong di kawasan itu untuk menunaikan solat.

Sebaik solat selesai, kebanyakan jemaah dilihat bertindihan antara satu sama lain ketika mereka bergerak ke arah haluan bertentangan.

Perhimpunan di padang Arafah adalah puncak kepada ibadah haji yang bermula Ahad lalu apabila lebih dua juta jemaah dari Makkah menuju ke Mina, bandar yang dipenuhi khemah dan akan ‘hidup’ hanya ketika ibadah haji selama lima hari.

Tiada laporan insiden buruk berlaku berikutan kawalan ketat petugas keselamatan.

Selepas terbenam mata hari semalam, jemaah mula keluar menuju ke Muzdalifah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Arafah dengan Mina dan akan mabit di situ, satu daripada wajib haji.

Di situ juga mereka akan mengutip batu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Mina dan melakukan kerja melontar jamrah peringkat pertama dan melaksanakan penyembelihan korban.

Sepanjang baki tiga hari ibadah haji bermula esok, jemaah akan tyerus bermalam di Mina dan melontar tiga jamrah sebelum kembali ke Makkah untuk mengerjakan tawaf, sekaligus menamatkan ibadah Rukun Islam kelima itu. - Agensi

P/S: Alhamdulillah, dengan harapan moga ibu ku dlm keadaan sihat di sana, dan kembali pulang seperti biasa, alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT. :') gembira sangat2x.. Selamat hari Raya Aidiladha Mak :')


SUMBER: HMETRO


Saturday, May 8, 2010

Buatmu ibu

buatmu ibu,selamat hari ibu,happy mothers day
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia.Terutama sekali kepada ibu aku,kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang sehinggalah aku menjadi seperti sekarang,Kaulah pertama hatiku.

Bagi aku,Hari ibu dan juga hari bapa ialah tiap-tiap hari dalam diri ku.Tidak perlu hari ibu untuk kita bagitaw yang kita sayang ibu kita. Tak perlu hari bapa untuk kita bagitaw yang kita kasihkan ayah kita. Sebab mereka dah sayang dan kasih kita sejak mereka taw aku masih dalam kandungan lagi. Segala keperluan sudah di beli sebelum aku melihat dunia ini. Sewaktu aku kecil, aku nangis, mereka dodoikan, aku lapar, mereka mencari makanan untuk aku. Mereka sudah melahirkan kasih dan sayang tiap-tiap hari kepada kita, kenapa sebagai anak yang sudah dijaga dan di didik tak boleh berbuat demikian. Pelbagai alasan kita berikan. Pelbagai rungutan kita luahkan. Tapi ibu bapa tidak pernah merungut. Mereka tetap menjaga kita walau mereka sibuk sekali pun.

Paling aku sangat sedih lah, anak sanggup buang bapa kandung sendiri, halau bapa mereka. Tak terfikir kah masa kecil dulu, ibu bapa juga lah yang membesarkan kita, hasil kerja titik peluh mereka untuk membesarkan kita. kecil-kecil menyusahkan, bila dah besar makin la menyusahkan. Allah Maha adil. itu jelah, macam nak nangis plak aku.

Wednesday, May 5, 2010

Kerja di Mydin USJ Bosan ?

mydin usj,generation blacklist,sandakan,celcom,bosan

Bosannya hari ini aku kerja di mydin USJ dari sebelum2 ni, bangun pagi semangat nak jaga booth di maydin ni, sebab budak yang jaga Mydin cuti,tak ada orang nak cover, aku kena cover lah untuk dia, so, datang pagi2, sunyi sepi , bila aku usha2 mydin nie, ada plak la BOOTH STEAMYX & CELCOM gak di belakang kedai WAH CHAN, aku jadi hilang semangat . Dah lah tempat ni kurang sales, tambah plak booth lagi, makin lah tak ada sales. Tapi insyaallah kalau ada rezeki , adalah sales, sabar lah, tunggu sampai balik nie, dah lah BOSAN xde kawan sini, orang lalu lalang pun 1-2 orang.

Yang best Kerja di Mydin nie plak , buka kaunter pukul 10.00am , balik pun awal 10.00pm, bukan macam kt kinrara, masuk 9.30am hngga 10.20pm, full owh. Kalo x keja macam mana lah nak hidup merantau di selangor ni, kena kerja kuat juga lah, hahaiii~
BOSAN, AKU BOSAN, BOSAN, arrgghhhh~ Sales mari2..Streamyx & Celcom Broadband free Modem, mari2 kak, mari bang register sini.. =.="

Tuesday, May 4, 2010

My Banner

Jom lah tukar2 banner , kalau ada yang sudi lah. Apa-apa hal, leh tinggalkan comment anda di bawah. Thanks



Copy & Paste to your website

Wednesday, April 28, 2010

Konsert Double Trouble Satukan Search-Wings

double trouble
wings search double trouble

Dua legenda yang melakar kegemilangan pada dekad 80-an itu masih bernafas segar dan kehadiran mereka terus dirindui meskipun terpaksa merentas pelbagai dan rintangan untuk bertahan. Tanpa semangat serta dedikasi Search dan Wings yang bersedia berdepan pelbagai risiko dalam perjuangan muzik mereka, barangkali kegemilangan irama rock di negara ini tidak sehebat hari ini.

Fenomena muzik rock akan terus memuncak 1 Mei ini apabila dua kumpulan rock lagenda, Search dan Wings bakal disatukan dalam Konsert Double Trouble. Setelah hampir 30 tahun dalam industri dan melalui pelbagai kontroversi, namun kumpulan rock ini masih gah berdiri sehingga ke hari ini.

"Bersyukur akan disatukan semula di atas satu pentas selepas 17 tahun dan kali terakhir adalah pada Konsert Double Trouble tahun 1993. Kami rasa 'teragung' apabila anak watan diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert besar-besaran seperti ini. Kami harap konsert ini akan menjadi yang terulung dan terbaik untuk tahun ini.

Konsert yang akan berlangsung dua jam akan menyaksikan dua lagenda rock Malaysia mempersembahkan 20 lagu hits seperti Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando.

Konsert Double Trouble akan diadakan pada 1 Mei 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8.45 malam.

Tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network - KLCC, Istana Budaya, Sri Amera Holidays - Plaza Alam Sentral dan HTO De Futsal - Dataran Sunway ataupun layari www.1malaysiaticket.com atau www.ticket2u.biz