Wednesday, April 28, 2010

Konsert Double Trouble Satukan Search-Wings

double trouble
wings search double trouble

Dua legenda yang melakar kegemilangan pada dekad 80-an itu masih bernafas segar dan kehadiran mereka terus dirindui meskipun terpaksa merentas pelbagai dan rintangan untuk bertahan. Tanpa semangat serta dedikasi Search dan Wings yang bersedia berdepan pelbagai risiko dalam perjuangan muzik mereka, barangkali kegemilangan irama rock di negara ini tidak sehebat hari ini.

Fenomena muzik rock akan terus memuncak 1 Mei ini apabila dua kumpulan rock lagenda, Search dan Wings bakal disatukan dalam Konsert Double Trouble. Setelah hampir 30 tahun dalam industri dan melalui pelbagai kontroversi, namun kumpulan rock ini masih gah berdiri sehingga ke hari ini.

"Bersyukur akan disatukan semula di atas satu pentas selepas 17 tahun dan kali terakhir adalah pada Konsert Double Trouble tahun 1993. Kami rasa 'teragung' apabila anak watan diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert besar-besaran seperti ini. Kami harap konsert ini akan menjadi yang terulung dan terbaik untuk tahun ini.

Konsert yang akan berlangsung dua jam akan menyaksikan dua lagenda rock Malaysia mempersembahkan 20 lagu hits seperti Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando.

Konsert Double Trouble akan diadakan pada 1 Mei 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8.45 malam.

Tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network - KLCC, Istana Budaya, Sri Amera Holidays - Plaza Alam Sentral dan HTO De Futsal - Dataran Sunway ataupun layari www.1malaysiaticket.com atau www.ticket2u.biz
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Konsert Double Trouble Satukan Search-Wings"

Post a Comment